4 lelaki ditahan dan 24 saman trafik dikeluarkan di Tawau

0
2K

TAWAU: Empat lelaki ditahan manakala 24 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu dijalankan polis di kawasan Batu 12, Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara selain membanteras aktiviti lumba haram yang sering mengganggu penduduk di kawasan itu.

“Empat lelaki berusia 20 hingga 24 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut memberi tumpuan terhadap pencegahan jenayah narkotik dan pengawasan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memandangkan laluan berkenaan menjadi antara akses utama dari kawasan persempadanan menuju ke Tawau.

“Sebanyak 24 notis saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Ia termasuklah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (11 kes), tidak memakai tali pinggang keledar (1 kes), nombor plat tidak ikut spesifikasi (2 kes), ubah suai ekzos bising (2 kes) serta tidak memasang cermin sisi dan aksesori keselamatan (4 kes),” katanya

Jasmin menasihatkan orang ramai, terutama golongan muda, supaya tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram atau melakukan pengubahsuaian kenderaan secara haram yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan awam.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan, penyalahgunaan dadah dan kehadiran PATI bagi membantu polis mengekalkan keamanan di daerah Tawau,” katanya.

Zoeken
Categorieën
Read More
Party
Don Wager Upon It!: 7 days 5 College or university Soccer Forecasts In close proximity to the SEC
It was negative adequate that I disregarded an clear joke at the time creating the headline for...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:14:06 0 12
Health
7 premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal patuhi tahap kebersihan
KOTA KINABALU : Tujuh premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal mematuhi...
By Bulibah News 2025-10-14 20:01:17 0 309
Politik
Calon Parti Impian N15 Kiulu
Salam sejahtera, kepada warga Kiulu! dan rakyat sabah dimana sahaja anda berada dan yang...
By Bulibah News 2025-11-17 21:55:19 0 121
Spellen
Global Casino Industry Growth, Trends, and Future Outlook
The global casino industry continues to evolve as one of the most dynamic segments within the...
By Shraa MRFR 2025-11-18 06:42:57 0 35
Party
5 observation in opposition to Pistons preseason acquire earlier mentioned Grizzlies
The Detroit Pistons acquired the 202526 time begun upon the instantly foot, successful their to...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:52 0 11
BULIBAH https://bulibah.my