4 lelaki ditahan dan 24 saman trafik dikeluarkan di Tawau

0
2K

TAWAU: Empat lelaki ditahan manakala 24 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu dijalankan polis di kawasan Batu 12, Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara selain membanteras aktiviti lumba haram yang sering mengganggu penduduk di kawasan itu.

“Empat lelaki berusia 20 hingga 24 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut memberi tumpuan terhadap pencegahan jenayah narkotik dan pengawasan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memandangkan laluan berkenaan menjadi antara akses utama dari kawasan persempadanan menuju ke Tawau.

“Sebanyak 24 notis saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Ia termasuklah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (11 kes), tidak memakai tali pinggang keledar (1 kes), nombor plat tidak ikut spesifikasi (2 kes), ubah suai ekzos bising (2 kes) serta tidak memasang cermin sisi dan aksesori keselamatan (4 kes),” katanya

Jasmin menasihatkan orang ramai, terutama golongan muda, supaya tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram atau melakukan pengubahsuaian kenderaan secara haram yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan awam.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan, penyalahgunaan dadah dan kehadiran PATI bagi membantu polis mengekalkan keamanan di daerah Tawau,” katanya.

Search
Categories
Read More
Viral Dan Trending
enam Negeri Termasuk Sabah Terdedah Ancaman Gempa Bumi
KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan Sabah dan Sarawak...
By Bulibah Network 2025-10-07 10:19:53 0 856
Health
Larangan bawa masuk atau keluar ikan pelian dari sungai terjejas di Kiulu
KIULU: Jabatan Perikanan Sabah (JPS) mengeluarkan arahan larangan membawa masuk dan keluar ikan...
By Bulibah Network 2025-10-06 12:05:38 0 2K
Games
Промокоды 1хбет: как выбрать лучший в 2026?
Промо считаются величественной частью предложения букмекерских контор, и 1xbet не исключение....
By Alex Ivanov 2025-12-04 22:22:02 0 12
Sports
Atlet pekak Sabah buktikan tiada batasan untuk berjaya – Hajiji Noor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada...
By Bulibah Network 2025-10-07 10:16:55 0 894
Religion
Kings May perhaps Covet Bulls $37 Million Star, Analyst States
The Chicago Bulls are moving towards be a employees other groups keep an eye on heavily early in...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:34 0 11
BULIBAH https://bulibah.my