4 lelaki ditahan dan 24 saman trafik dikeluarkan di Tawau

0
2K

TAWAU: Empat lelaki ditahan manakala 24 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu dijalankan polis di kawasan Batu 12, Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara selain membanteras aktiviti lumba haram yang sering mengganggu penduduk di kawasan itu.

“Empat lelaki berusia 20 hingga 24 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut memberi tumpuan terhadap pencegahan jenayah narkotik dan pengawasan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memandangkan laluan berkenaan menjadi antara akses utama dari kawasan persempadanan menuju ke Tawau.

“Sebanyak 24 notis saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Ia termasuklah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (11 kes), tidak memakai tali pinggang keledar (1 kes), nombor plat tidak ikut spesifikasi (2 kes), ubah suai ekzos bising (2 kes) serta tidak memasang cermin sisi dan aksesori keselamatan (4 kes),” katanya

Jasmin menasihatkan orang ramai, terutama golongan muda, supaya tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram atau melakukan pengubahsuaian kenderaan secara haram yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjejaskan keselamatan awam.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti mencurigakan, penyalahgunaan dadah dan kehadiran PATI bagi membantu polis mengekalkan keamanan di daerah Tawau,” katanya.

Buscar
Categorías
Read More
Politik
Perebutan Kiulu — Wajah-Wajah Yang Dikenali, Cita-Cita Baru, dan Perubahan Arah Politik
KOTA KINABALU: Kawasan Kiulu (N.15) yang sebelum ini dianggap tenang, lama dianggap kubu kuat...
By Bulibah News 2025-10-12 09:56:26 0 419
Politik
Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 hari ini bubar secara rasmi hari ini
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN)...
By Bulibah Network 2025-10-06 12:09:33 0 2K
Viral Dan Trending
Remembering the Forgotten Holocaust: Jammu Martyrs’ Day 1947
November 6th marks Youm-e-Shuhada (Jammu Martyrs’ Day), a somber anniversary...
By Bulibah News 2025-11-06 12:00:36 0 64
Crime
PRN17: Mesyuarat khas ditetapkan tarikh PRN 16 Oktober ini – SPR
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah menerima writ...
By Bulibah News 2025-10-08 10:29:33 0 242
Crime
Malaysia Rasmi Umum Larangan Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun
KOTA KINABALU : Cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi membuka akaun...
By Bulibah News 2025-10-19 11:34:23 0 99
BULIBAH https://bulibah.my