PKDM hanya tahu tabur fitnah, rakyat Sabah jangan mudah terpedaya
KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menempelak kenyataan Pemangku Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Priscella Peter yang menyeru rakyat menukar kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat, Datuk Jaffari Waliam berkata, tuduhan kononnya kerajaan GRS gagal hanyalah modal politik PKDM yang tidak mempunyai asas dan rekod prestasi untuk ditunjukkan kepada rakyat.
“Sejak mengambil alih pentadbiran pada 2020, GRS berjaya memulihkan ekonomi, meningkatkan pelaburan, menambah hasil negeri dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Itu bukti nyata, bukan janji kosong,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, isu jalan raya, air dan pekerjaan yang dibangkitkan Priscella sedang ditangani kerajaan melalui dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk peruntukan berbilion ringgit bagi infrastruktur asas serta peluang pekerjaan melalui pelaburan industri baharu.
“PKDM tidak ada pengalaman mentadbir, hanya pandai berpolitik siang malam. Malah parti itu sendiri berpecah dan ditinggalkan pengasasnya.
“Rakyat sudah matang dan tidak mudah dipengaruhi dengan retorik tanpa fakta,” tegasnya.
Jaffari menegaskan, keyakinan GRS menghadapi PRN semakin tinggi kerana rakyat telah melihat pencapaian nyata pentadbiran kerajaan negeri yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
- Art
- Causes
- Crafts
- Dance
- Drinks
- Film
- Fitness
- Food
- Spellen
- Gardening
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Party
- Religion
- Shopping
- Sports
- Theater
- Wellness
- Crime
- Politik
- Viral Dan Trending
- Artist
- Teknologi
- Bisnes