PKDM hanya tahu tabur fitnah, rakyat Sabah jangan mudah terpedaya

0
144

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menempelak kenyataan Pemangku Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Priscella Peter yang menyeru rakyat menukar kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat, Datuk Jaffari Waliam berkata, tuduhan kononnya kerajaan GRS gagal hanyalah modal politik PKDM yang tidak mempunyai asas dan rekod prestasi untuk ditunjukkan kepada rakyat.

“Sejak mengambil alih pentadbiran pada 2020, GRS berjaya memulihkan ekonomi, meningkatkan pelaburan, menambah hasil negeri dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan. Itu bukti nyata, bukan janji kosong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, isu jalan raya, air dan pekerjaan yang dibangkitkan Priscella sedang ditangani kerajaan melalui dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), termasuk peruntukan berbilion ringgit bagi infrastruktur asas serta peluang pekerjaan melalui pelaburan industri baharu.

“PKDM tidak ada pengalaman mentadbir, hanya pandai berpolitik siang malam. Malah parti itu sendiri berpecah dan ditinggalkan pengasasnya.

“Rakyat sudah matang dan tidak mudah dipengaruhi dengan retorik tanpa fakta,” tegasnya.

Jaffari menegaskan, keyakinan GRS menghadapi PRN semakin tinggi kerana rakyat telah melihat pencapaian nyata pentadbiran kerajaan negeri yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Buscar
Categorías
Read More
Politik
Polis Menahan Pemandu Van Cabul Pelajar Sekolah Di Tawau
TAWAU: Perjalanan pulang seorang pelajar perempuan dari sekolah bertukar detik hitam apabila dia...
By Bulibah Network 2025-10-05 10:46:50 0 2K
Religion
Tiada sekatan dakwah Islam di Sabah – Nizam
TAWAU: Kerajaan negeri Sabah terus membuktikan keprihatinan terhadap perkembangan Islam apabila...
By Bulibah News 2025-10-12 10:10:11 0 139
Politik
Parti Impian Sabah Tegaskan Bebas dari pengaruh Pihak Luar, Fokus pada Kepentingan Rakyat
Kota Kinabalu, 15 Oktober 2025 – Parti Impian Sabah (PIS) dengan ini menegaskan bahawa...
By Bulibah News 2025-10-14 20:30:11 0 270
Politik
Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan...
By Bulibah Network 2025-10-07 12:11:04 0 491
Home
Pengecualian sewa dua bulan untuk penjaja pasar Umum Sandakan
SANDAKAN: Penjaja di Pasar Umum Sandakan diberikan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan...
By Bulibah Network 2025-10-07 12:17:49 0 484
BULIBAH https://bulibah.my