Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul

0
491

KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebelum menentukan tindakan lanjut berhubung notis tunjuk sebab terhadapnya.

Pegawai Pengendali, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, memaklumkan kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa jawapan bertulis Shafie telah diterima pada 29 September lalu dan pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada AGC.

“Kami telah menerima jawapan beliau (Shafie) dan ia sedang diteliti oleh AGC. Kami juga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak AGC,” katanya.

Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Shafie, susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Notis itu dikeluarkan selepas tiada sebarang bantahan dikemukakan oleh mana-mana pihak berkepentingan, termasuk Pegawai Pengendali inkues, terhadap permohonan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang didakwa mencela Allahyarhamah Zara.

Ram membuat permohonan itu atas alasan kenyataan Shafie boleh dianggap menghina mahkamah.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan Shafie membuat kenyataan mengenai kes berkenaan, dipercayai ketika menghadiri satu majlis makan malam parti di Sandakan.

Dalam rakaman itu, Shafie antara lain didakwa menyifatkan kematian Zara sebagai “pembunuhan”.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai.

Buscar
Categorías
Read More
Crime
Denda RM10 Juta, Gugurkan Kerusi Jika Lompat Parti Selepas PRN – Shafie
TAWAU: Parti Warisan (WARISAN) menetapkan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM10 juta...
By Bulibah Network 2025-10-05 03:59:03 0 2K
Politik
Parti Impian Sabah Tegaskan Bebas dari pengaruh Pihak Luar, Fokus pada Kepentingan Rakyat
Kota Kinabalu, 15 Oktober 2025 – Parti Impian Sabah (PIS) dengan ini menegaskan bahawa...
By Bulibah News 2025-10-14 20:30:11 0 270
Politik
PKDM hanya tahu tabur fitnah, rakyat Sabah jangan mudah terpedaya
KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menempelak kenyataan Pemangku Presiden...
By Bulibah Network 2025-10-12 12:05:51 0 144
Politik
4 lelaki ditahan dan 24 saman trafik dikeluarkan di Tawau
TAWAU: Empat lelaki ditahan manakala 24 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu...
By Bulibah Network 2025-10-05 10:43:58 0 2K
Politik
Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan...
By Bulibah Network 2025-10-07 12:11:04 0 491
BULIBAH https://bulibah.my