Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul

0
491

KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebelum menentukan tindakan lanjut berhubung notis tunjuk sebab terhadapnya.

Pegawai Pengendali, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, memaklumkan kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan bahawa jawapan bertulis Shafie telah diterima pada 29 September lalu dan pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada AGC.

“Kami telah menerima jawapan beliau (Shafie) dan ia sedang diteliti oleh AGC. Kami juga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak AGC,” katanya.

Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Shafie, susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Notis itu dikeluarkan selepas tiada sebarang bantahan dikemukakan oleh mana-mana pihak berkepentingan, termasuk Pegawai Pengendali inkues, terhadap permohonan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang didakwa mencela Allahyarhamah Zara.

Ram membuat permohonan itu atas alasan kenyataan Shafie boleh dianggap menghina mahkamah.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video di media sosial yang memaparkan Shafie membuat kenyataan mengenai kes berkenaan, dipercayai ketika menghadiri satu majlis makan malam parti di Sandakan.

Dalam rakaman itu, Shafie antara lain didakwa menyifatkan kematian Zara sebagai “pembunuhan”.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai.

Search
Categories
Read More
Party
Don Wager Upon It!: 7 days 5 College or university Soccer Forecasts In close proximity to the SEC
It was negative adequate that I disregarded an clear joke at the time creating the headline for...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:14:06 0 12
Party
5 observation in opposition to Pistons preseason acquire earlier mentioned Grizzlies
The Detroit Pistons acquired the 202526 time begun upon the instantly foot, successful their to...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:52 0 11
Politik
70 calon Parti Impian Sabah sedia untuk diumumkan - Presiden impian sabah
PENAMPANG - Parti Impian Sabah (PIS) hampir selesai mengenal pasti keseluruhan calon yang akan...
By Bulibah Network 2025-10-12 03:38:56 0 377
Crime
Malaysia Rasmi Umum Larangan Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun
KOTA KINABALU : Cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi membuka akaun...
By Bulibah News 2025-10-19 11:34:23 0 99
Politik
Parti Impian Sabah Tegaskan Bebas dari pengaruh Pihak Luar, Fokus pada Kepentingan Rakyat
Kota Kinabalu, 15 Oktober 2025 – Parti Impian Sabah (PIS) dengan ini menegaskan bahawa...
By Bulibah News 2025-10-14 20:30:11 0 270
BULIBAH https://bulibah.my