Atlet pekak Sabah buktikan tiada batasan untuk berjaya – Hajiji Noor

0
894

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen Sabah yang berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 di Kuching, Sarawak.

Sabah mengekalkan dominasi sukan itu dengan kutipan 17 pingat emas, 13 perak dan 8 gangsa.

Ini sekali gus menobatkan negeri di bawah bayu itu sebagai juara keseluruhan dua kali berturut-turut.

Hajiji menerusi kemaskini di Facebooknya menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti semangat juang, disiplin dan iltizam tinggi yang ditunjukkan oleh atlet-atlet orang pekak Sabah.

“Tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai yang telah bekerja keras membawa kejayaan ini. Anda semua adalah kebanggaan rakyat Sabah,” katanya.

Hajiji turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah, serta semua agensi yang terlibat dalam memastikan kontinjen negeri berada di tahap terbaik sepanjang temasya berlangsung.

Beliau turut menyanjung pencapaian Azlan Kuste, atlet olahraga dari Tongod yang dinobatkan sebagai Olahragawan SOPMA 2025 selepas meraih empat pingat emas dengan catatan rekod baharu.

“Kejayaan Azlan adalah inspirasi buat seluruh rakyat Sabah bahawa tiada batasan untuk berjaya apabila kita berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

“Tahniah sekali lagi kepada Kontinjen Sabah! Anda telah mengharumkan nama negeri dan menjadi inspirasi kepada kita semua, ” katanya.

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Party
Kalen DeBoer impresses within just introductory thrust meeting
We acquired our initial opening speech versus Prepare Kalen DeBoer in just entrance of a huge...
Por Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:14:34 0 11
Religion
Kings May perhaps Covet Bulls $37 Million Star, Analyst States
The Chicago Bulls are moving towards be a employees other groups keep an eye on heavily early in...
Por Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:34 0 11
Politik
PKDM hanya tahu tabur fitnah, rakyat Sabah jangan mudah terpedaya
KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menempelak kenyataan Pemangku Presiden...
Por Bulibah Network 2025-10-12 12:05:51 0 144
Viral Dan Trending
pam bot tiba-tiba terbakar, dua individu sempat diselamatkan
LAHAD DATU: Dua individu panik apabila bot pam dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di bahagian...
Por Bulibah News 2025-10-12 11:26:12 0 154
Outro
Taufan Kalmaegi Dikesan 976 Kilometer Dari Sabah – MetMalaysia
KOTA KINABALU : Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina kini dikesan kira-kira 976 kilometer...
Por Bulibah News 2025-11-06 12:46:21 0 70
BULIBAH https://bulibah.my