Atlet pekak Sabah buktikan tiada batasan untuk berjaya – Hajiji Noor

0
894

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen Sabah yang berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 di Kuching, Sarawak.

Sabah mengekalkan dominasi sukan itu dengan kutipan 17 pingat emas, 13 perak dan 8 gangsa.

Ini sekali gus menobatkan negeri di bawah bayu itu sebagai juara keseluruhan dua kali berturut-turut.

Hajiji menerusi kemaskini di Facebooknya menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti semangat juang, disiplin dan iltizam tinggi yang ditunjukkan oleh atlet-atlet orang pekak Sabah.

“Tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai yang telah bekerja keras membawa kejayaan ini. Anda semua adalah kebanggaan rakyat Sabah,” katanya.

Hajiji turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah, serta semua agensi yang terlibat dalam memastikan kontinjen negeri berada di tahap terbaik sepanjang temasya berlangsung.

Beliau turut menyanjung pencapaian Azlan Kuste, atlet olahraga dari Tongod yang dinobatkan sebagai Olahragawan SOPMA 2025 selepas meraih empat pingat emas dengan catatan rekod baharu.

“Kejayaan Azlan adalah inspirasi buat seluruh rakyat Sabah bahawa tiada batasan untuk berjaya apabila kita berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

“Tahniah sekali lagi kepada Kontinjen Sabah! Anda telah mengharumkan nama negeri dan menjadi inspirasi kepada kita semua, ” katanya.

البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Politik
Perebutan Kiulu — Wajah-Wajah Yang Dikenali, Cita-Cita Baru, dan Perubahan Arah Politik
KOTA KINABALU: Kawasan Kiulu (N.15) yang sebelum ini dianggap tenang, lama dianggap kubu kuat...
بواسطة Bulibah News 2025-10-12 09:56:26 0 419
Politik
Parti Impian Sabah Tegaskan Bebas dari pengaruh Pihak Luar, Fokus pada Kepentingan Rakyat
Kota Kinabalu, 15 Oktober 2025 – Parti Impian Sabah (PIS) dengan ini menegaskan bahawa...
بواسطة Bulibah News 2025-10-14 20:30:11 0 270
Viral Dan Trending
Jauhi Politik Wang dalam PRN Sabah: Masa Depan Rakyat Perlu Diutamakan
Sabah, negeri yang kaya dengan keindahan alam dan budaya, juga sering berdepan dengan cabaran...
بواسطة Bulibah News 2025-10-19 11:44:32 0 237
Health
Larangan bawa masuk atau keluar ikan pelian dari sungai terjejas di Kiulu
KIULU: Jabatan Perikanan Sabah (JPS) mengeluarkan arahan larangan membawa masuk dan keluar ikan...
بواسطة Bulibah Network 2025-10-06 12:05:38 0 2كيلو بايت
Sports
Atlet pekak Sabah buktikan tiada batasan untuk berjaya – Hajiji Noor
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada...
بواسطة Bulibah Network 2025-10-07 10:16:55 0 894
BULIBAH https://bulibah.my