Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 hari ini bubar secara rasmi hari ini

0
2K

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dibubarkan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Sabah Bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat Kerajaan Negeri di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini.

Terdahulu, Hajiji memaklumkan telah menghadap Tuan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada pagi tadi bagi menasihati pembubaran DUN Sabah.

“Memandangkan tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan berakhir, saya telah menghadap Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada pagi ini untuk menasihatkan pembubaran DUN Sabah.

“Dengan perkenan Tuan Yang Terutama Tun, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari ini, Isnin, 6 Oktober 2025. Ini memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka.

“Keputusan ini mencerminkan komitmen kerajaan Sabah terhadap demokrasi dan proses perlembagaan,” katanya.

Menurut Hajiji, sepanjang lima tahun lalu kerajaan negeri telah bekerja keras membawa perubahan dan pertumbuhan bermakna kepada rakyat menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bersifat holistik dan inklusif.

“Melalui pelan ini, kami telah menetapkan Sabah pada landasan transformasi yang jelas sejak menerajui negeri ini pada September 2020.

“Berpandukan tiga tonggak utama iaitu Pertanian, Industri dan Pelancongan; Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat; serta Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, pelan hala tuju ini telah mencapai kemajuan yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mengambil langkah berani dan bertanggungjawab bagi menangani isu lama yang diwarisi, khususnya berkaitan bekalan air, elektrik serta infrastruktur kritikal.

“Tindakan konkrit dan beberapa projek besar sedang dijalankan untuk menyelesaikan cabaran yang telah membebankan rakyat sekian lama. Beberapa inisiatif telah disiapkan, manakala sebahagiannya masih dalam pelaksanaan,” katanya.

Hajiji menambah, dalam tempoh pentadbiran ini Sabah berjaya mengukuhkan ekonomi, menarik pelaburan baharu, mewujudkan peluang pekerjaan, memperluas bantuan pendidikan serta meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat.

“Pencapaian ini adalah hasil kepercayaan, sokongan dan visi bersama rakyat untuk Sabah yang lebih baik,” katanya.

Namun, beliau menegaskan usaha membangunkan Sabah belum berakhir dan memerlukan mandat baharu daripada rakyat.

“Cabaran baharu menuntut penyelesaian yang berani, dan kita bersedia membawa Sabah ke lembaran seterusnya. Dengan pembubaran ini, kami memohon mandat baharu daripada rakyat untuk meneruskan usaha yang telah kami mulakan membina Sabah yang lebih kukuh, makmur dan bersatu untuk semua.

“Besar harapan saya agar keputusan pilihan raya kelak akan mengukuhkan suara rakyat, menjaga kestabilan dan keselamatan, serta memastikan kemajuan berterusan untuk Sabah tercinta.

” Marilah kita bersama-sama maju ke hadapan dengan penuh keyakinan dan tujuan,” katanya.

Zoeken
Categorieën
Read More
Politik
Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan...
By Bulibah Network 2025-10-07 12:11:04 0 491
Fitness
Идеи для ремонта: обсуждаем на форуме MasterGrad
В круге ремонта интернет-форум mastergrad.com стал значительным центром тяги для...
By Alex Ivanov 2025-12-02 17:15:11 0 13
Home
Pengecualian sewa dua bulan untuk penjaja pasar Umum Sandakan
SANDAKAN: Penjaja di Pasar Umum Sandakan diberikan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan...
By Bulibah Network 2025-10-07 12:17:49 0 484
Crime
Denda RM10 Juta, Gugurkan Kerusi Jika Lompat Parti Selepas PRN – Shafie
TAWAU: Parti Warisan (WARISAN) menetapkan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM10 juta...
By Bulibah Network 2025-10-05 03:59:03 0 2K
Crime
Malaysia Rasmi Umum Larangan Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun
KOTA KINABALU : Cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi membuka akaun...
By Bulibah News 2025-10-19 11:34:23 0 99
BULIBAH https://bulibah.my