Larangan bawa masuk atau keluar ikan pelian dari sungai terjejas di Kiulu

0
2χλμ.

KIULU: Jabatan Perikanan Sabah (JPS) mengeluarkan arahan larangan membawa masuk dan keluar ikan pelian dari sungai yang terjejas di Kiulu.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Datin Dr. Shuhadah Mustapha berkata, ia selepas bahagian biosekuriti JPS, menerima aduan kes ikan pelian yang mati di beberapa kawasan tagal membabitkan Sungai Kiulu.

“Sejak 29 September lalu, pihak kami menerima aduan daripada pihak Komuniti Tagal yang melihat hidupan air tawar itu menunjukkan tanda-tanda klinikal,

“Antaranya, ikan pelian mengalami insang mereput, berlaku pendarahan pada bahagian abdomen ikan dan berenang dengan lemah,” katanya dihubungi hari ini.

Menurut Shuhadah, larangan bagi sementara waktu itu adalah sebagai tujuan kawalan dan pencegahan penularan penyakit.

“Larangan membawa ikan masuk bermaksud tiada ikan baharu dari pelbagai spesies diperkenalkan ke sungai yang terjejas, manakala larangan ikan keluar bermaksud tiada ikan pelian hidup dibawa keluar dari sungai yang terjejas untuk tujuan pengkulturan semula di mana-mana premis”.

“Ia selaras dengan Bahagian VII, Kawalan Penyakit-Penyakit lkan, Enakmen Perikanan Darat dan Akuakultur Sabah 2003.

“Mana-mana orang yang melanggar peruntukan bagi maksud dalam bahagian ini adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah atas sabitan dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Shuhadah berkata, pihak komuniti tagal juga diminta untuk mengeluarkan dan melupuskan ikan pelian yang menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti di atas dengan cara tanam atau bakar.

Terdahulu, tular satu video dan beberapa gambar di laman sosial facebook yang menunjukkan ikan pelian mengalami tanda-tanda klinikal sebelum ditemukan penduduk Kiulu.

Kakitangan jabatan perikanan turut ke lokasi terbabit untuk mengambil sampel dan menjalankan kaji selidik bagi mendapatkan punca kejadian. – SABAH MEDIA / FOTO IHSAN PEMBACA

Αναζήτηση
Κατηγορίες
Διαβάζω περισσότερα
Politik
Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan...
από Bulibah Network 2025-10-07 12:11:04 0 491
Networking
May shuffling some Andrews aid the White Sox out?
The White Sox Andrews are further apt in direction of lead to heartburn and indigestion than...
από Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:13:16 0 10
Crime
Parti Impian Sabah Wajib Orang Sabah Sokong
Sabah negeri kaya dengan hasil bumi, budaya, dan semangat rakyat yang kuat. Namun selama ini,...
από Bulibah News 2025-10-08 06:08:02 0 444
άλλο
Taufan Kalmaegi Dikesan 976 Kilometer Dari Sabah – MetMalaysia
KOTA KINABALU : Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina kini dikesan kira-kira 976 kilometer...
από Bulibah News 2025-11-06 12:46:21 0 70
Viral Dan Trending
Mengingat Holocaust yang Dilupakan: Hari Syahid Jammu 1947
6 November menandakan Youm-e-Shuhada (Hari Syuhada Jammu), iaitu satu hari peringatan yang suram...
από Bulibah News 2025-11-06 12:47:58 0 63
BULIBAH https://bulibah.my