Taufan Kalmaegi Dikesan 976 Kilometer Dari Sabah – MetMalaysia

0
70

KOTA KINABALU : Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina kini dikesan kira-kira 976 kilometer (km) barat laut Kudat, Sabah berdasarkan cerapan setakat jam 2 petang ini.

Bagaimanapun, menurut Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kedudukan taufan itu berada pada latitud 13.3 Utara dan longitud 110.7 Timur, kira-kira 153 km ke Timur Laut Tuy Hoa, Vietnam.

Jelas agensi itu, pergerakan taufan dilaporkan ke arah Barat dengan kelajuan 30 km per jam manakala kelajuan angin maksimum 176 km per jam.

 

“Jarak dari bandar terdekat kira-kira 976 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Taufan Kalmaegi berada kira-kira 405 km dari barat laut Kudat, Sabah, berdasarkan dapatan pada jam 8 malam Rabu.

Setakat semalam, angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang hari ini manakala puluhan lagi hilang dan mengalami kecederaan.

Secara keseluruhannya, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina.

Search
Categories
Read More
Party
UCF Indications 2-12 months Deal Extension with Nike
Shifting into the 2021 time, there were being queries upon who would be the UCF Knights garments...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:14:19 0 10
Viral Dan Trending
pam bot tiba-tiba terbakar, dua individu sempat diselamatkan
LAHAD DATU: Dua individu panik apabila bot pam dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di bahagian...
By Bulibah News 2025-10-12 11:26:12 0 154
Other
Taufan Kalmaegi Dikesan 976 Kilometer Dari Sabah – MetMalaysia
KOTA KINABALU : Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina kini dikesan kira-kira 976 kilometer...
By Bulibah News 2025-11-06 12:46:21 0 70
Crime
PRN17: Mesyuarat khas ditetapkan tarikh PRN 16 Oktober ini – SPR
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah menerima writ...
By Bulibah News 2025-10-08 10:29:33 0 242
Politik
Calon Parti Impian N15 Kiulu
Salam sejahtera, kepada warga Kiulu! dan rakyat sabah dimana sahaja anda berada dan yang...
By Bulibah News 2025-11-17 21:55:19 0 121
BULIBAH https://bulibah.my