seorang Lelaki dicekup bantu siasatan kes cederakan di Tawau

0
120

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian mendatangkan kecederaan di Flat Sri Titingan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan anggota Pondok Polis Titingan ketika rondaan dijalankan sekitar jam 3.20 petang.

Beliau berkata, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan sebelum operasi mengesan suspek dijalankan.

“Anggota memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan melakukan tangkapan terhadap suspek yang dikaitkan dengan laporan kes mendatangkan kecederaan.

“Pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang barang salah, namun semakan mendapati MyKad digunakan adalah milik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hak suspek di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah telah dibacakan dan difahami sebelum dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Suspek kemudian dirujuk kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Jasmin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam sebarang perselisihan faham, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.-FOTO IPD TAWAU

Search
Categories
Read More
Religion
Tiada sekatan dakwah Islam di Sabah – Nizam
TAWAU: Kerajaan negeri Sabah terus membuktikan keprihatinan terhadap perkembangan Islam apabila...
By Bulibah News 2025-10-12 10:10:11 0 139
Party
UCF Indications 2-12 months Deal Extension with Nike
Shifting into the 2021 time, there were being queries upon who would be the UCF Knights garments...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:14:19 0 10
Party
Don Wager Upon It!: 7 days 5 College or university Soccer Forecasts In close proximity to the SEC
It was negative adequate that I disregarded an clear joke at the time creating the headline for...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:14:06 0 12
Politik
Perebutan Kiulu — Wajah-Wajah Yang Dikenali, Cita-Cita Baru, dan Perubahan Arah Politik
KOTA KINABALU: Kawasan Kiulu (N.15) yang sebelum ini dianggap tenang, lama dianggap kubu kuat...
By Bulibah News 2025-10-12 09:56:26 0 419
Home
Pengecualian sewa dua bulan untuk penjaja pasar Umum Sandakan
SANDAKAN: Penjaja di Pasar Umum Sandakan diberikan pengecualian bayaran sewa selama dua bulan...
By Bulibah Network 2025-10-07 12:17:49 0 484
BULIBAH https://bulibah.my