7 premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal patuhi tahap kebersihan

0
309

KOTA KINABALU : Tujuh premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan dalam satu Operasi Khas Keselamatan Makanan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) baru-baru ini.

Operasi selama dua hari, yang dilaksanakan pada 7 dan 8 Oktober lalu, menyasarkan kawasan tumpuan pelancong sekitar Pekan Kundasang, Ranau, melibatkan kerjasama Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (UKKM) bersama Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Tuaran, PKD Ranau, dan PKD Kota Belud.

JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, dalam operasi itu, 15 premis makanan diperiksa dan sebanyak 22 notis dikeluarkan di bawah Akta Makanan 1983 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 atas pelbagai kesalahan, termasuk pengendalian makanan tidak bersih, persekitaran dapur kotor, dan penyimpanan bahan mentah yang tidak mengikut standard keselamatan.

“Tindakan tegas ini diambil bagi memastikan keselamatan dan kebersihan makanan sentiasa terjamin, lebih-lebih lagi dengan kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2026,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan premis ini merupakan tindakan segera bagi memberi ruang kepada pemilik melakukan kerja pembetulan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

JKNS turut menegaskan bahawa aspek kebersihan dan keselamatan makanan tidak boleh dipandang ringan, kerana ia berkait rapat dengan kesihatan awam serta imej pelancongan negeri.

“Kami tidak akan berkompromi dengan pengusaha yang gagal mematuhi undang-undang. 

“Tindakan susulan termasuk advokasi, pendidikan dan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan pematuhan berterusan,” tambah kenyataan itu.

JKNS juga mengingatkan semua pengusaha makanan agar sentiasa mematuhi peraturan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, bagi menjamin makanan yang dijual adalah bersih, selamat dan berkualiti tinggi.

Suche
Kategorien
Mehr lesen
Viral Dan Trending
Remembering the Forgotten Holocaust: Jammu Martyrs’ Day 1947
November 6th marks Youm-e-Shuhada (Jammu Martyrs’ Day), a somber anniversary...
Von Bulibah News 2025-11-06 12:00:36 0 64
Viral Dan Trending
pam bot tiba-tiba terbakar, dua individu sempat diselamatkan
LAHAD DATU: Dua individu panik apabila bot pam dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di bahagian...
Von Bulibah News 2025-10-12 11:26:12 0 154
Andere
Taufan Kalmaegi Dikesan 976 Kilometer Dari Sabah – MetMalaysia
KOTA KINABALU : Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina kini dikesan kira-kira 976 kilometer...
Von Bulibah News 2025-11-06 12:46:21 0 70
Viral Dan Trending
enam Negeri Termasuk Sabah Terdedah Ancaman Gempa Bumi
KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan Sabah dan Sarawak...
Von Bulibah Network 2025-10-07 10:19:53 0 856
Health
7 premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal patuhi tahap kebersihan
KOTA KINABALU : Tujuh premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal mematuhi...
Von Bulibah News 2025-10-14 20:01:17 0 309
BULIBAH https://bulibah.my