pam bot tiba-tiba terbakar, dua individu sempat diselamatkan

0
154

LAHAD DATU: Dua individu panik apabila bot pam dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di bahagian enjin ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Perikanan Lahad Datu, semalam.

Mangsa, Ishara Mansor dan Mizfar nyaris maut sebelum sempat diselamatkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian di perairan Telukan, kira-kira jam 11.30 pagi. 

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata kejadian disedari apabila anggotanya melihat kepulan asap tebal dan api dari arah sebuah bot pam.

“Pasukan segera menghampiri lokasi dan memberikan bantuan awal bagi mengawal api serta memastikan dua individu di atas bot berada dalam keadaan selamat. 

“Tindakan pantas anggota Maritim berjaya mengawal kebakaran sebelum bot itu diiringi ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Dzulfikhar berkata, dua individu terbabit bernasib baik kerana api tidak sempat merebak ke seluruh bot.

“Kita menasihatkan semua masyarakat supaya sentiasa memeriksa keadaan bot masing-masing, termasuk enjin, pendawaian dan penyimpanan bahan api, bagi mengelak risiko kebakaran di laut,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, pasukan Maritim menahan sebuah vesel pukat jerut selepas dikesan beroperasi terlalu hampir dengan daratan, hanya 0.9 batu nautika selatan Tanjung Melandong.

“Pemeriksaan mendapati vesel berkenaan dikendalikan seorang tekong tempatan berusia 32 tahun bersama dua kru tempatan berumur 18 dan 31 tahun,” katanya.

Dzulfikhar berkata, hasil siasatan mendapati mereka melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan pada jarak kurang daripada yang dibenarkan.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha nelayan yang melanggar syarat lesen, terutama mereka yang beroperasi di kawasan larangan.

“Peraturan jarak operasi ini penting untuk melindungi ekosistem marin dan memastikan sumber perikanan negara kekal mampan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan komuniti maritim supaya menyalurkan sebarang maklumat aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian 999 atau WhatsApp 016-9305727 (Zon Maritim Lahad Datu) untuk tindakan segera.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Politik
Penjawat awam berdepan 30 pertuduhan rasuah melibatkan RM87,000
KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah atas 30...
By Bulibah News 2025-10-08 10:31:57 0 259
Politik
Perebutan Kiulu — Wajah-Wajah Yang Dikenali, Cita-Cita Baru, dan Perubahan Arah Politik
KOTA KINABALU: Kawasan Kiulu (N.15) yang sebelum ini dianggap tenang, lama dianggap kubu kuat...
By Bulibah News 2025-10-12 09:56:26 0 419
Crime
Malaysia Rasmi Umum Larangan Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun
KOTA KINABALU : Cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi membuka akaun...
By Bulibah News 2025-10-19 11:34:23 0 99
Viral Dan Trending
enam Negeri Termasuk Sabah Terdedah Ancaman Gempa Bumi
KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan Sabah dan Sarawak...
By Bulibah Network 2025-10-07 10:19:53 0 856
Crime
seorang Lelaki dicekup bantu siasatan kes cederakan di Tawau
TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian...
By Bulibah News 2025-10-14 20:03:22 0 120
BULIBAH https://bulibah.my