Tiada sekatan dakwah Islam di Sabah – Nizam

0
139

TAWAU: Kerajaan negeri Sabah terus membuktikan keprihatinan terhadap perkembangan Islam apabila memberi ruang seluas-luasnya kepada pembinaan madrasah dan pusat tahfiz di seluruh negeri tanpa sekatan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata dasar kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, jelas menunjukkan komitmen tinggi terhadap usaha dakwah Islamiah.

“Pusat tahfiz dan madrasah di Sabah bebas beroperasi tanpa halangan daripada kerajaan. Ini bukti jelas kerajaan hari ini tidak membelakangi usaha dakwah Islamiah.

“Di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji, semua agama termasuk Islam diberi kebebasan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika merasmikan Madrasah Durussalam di Gading Wakuba, Batu 15 Jalan Apas, di sini.

Menurutnya, walaupun Islam adalah agama rasmi Persekutuan, kerajaan negeri tetap menghormati kebebasan beragama, namun dalam masa sama mengukuhkan penghayatan Islam melalui pelbagai inisiatif.

Katanya, antara langkah penting ialah meningkatkan peruntukan tahunan bagi pengurusan serta pelaksanaan aktiviti keagamaan di seluruh negeri.

“Ini bukti kerajaan serius memperkasa Islam, khususnya dalam membentuk generasi muda berakhlak mulia dan menjauhkan mereka daripada gejala sosial,” katanya.

Dalam majlis sama, Nizam turut merakamkan penghargaan kepada keluarga Almarhum Tuan Haji Suni Arshad yang mewakafkan tanah bagi pembinaan madrasah berkenaan.

Beliau berkata, madrasah itu bakal menjadi satu lagi pusat penting dalam bidang hafazan al-Quran dan pendidikan Islam di Tawau.

Nizam turut mengingatkan semua pengusaha madrasah dan pusat tahfiz supaya berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bagi memastikan pemantauan lebih teratur dan saluran bantuan lebih mudah.

“Pendaftaran rasmi ini penting supaya semua pengajian berjalan mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terpesong daripada ajaran sebenar,” katanya.

Search
Categories
Read More
Politik
Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan...
By Bulibah Network 2025-10-07 12:11:04 0 491
Politik
Calon Parti Impian N15 Kiulu
Salam sejahtera, kepada warga Kiulu! dan rakyat sabah dimana sahaja anda berada dan yang...
By Bulibah News 2025-11-17 21:55:19 0 121
Crime
Malaysia Rasmi Umum Larangan Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun
KOTA KINABALU : Cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi membuka akaun...
By Bulibah News 2025-10-19 11:34:23 0 99
Party
Tampa Bay Buccaneers Draft Profile: Gain, Darrell Taylor
There are a lot additional explanations than Tom Brady in the direction of be energized with...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:08 0 11
Crime
PRN17: Mesyuarat khas ditetapkan tarikh PRN 16 Oktober ini – SPR
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah menerima writ...
By Bulibah News 2025-10-08 10:29:33 0 242
BULIBAH https://bulibah.my