70 calon Parti Impian Sabah sedia untuk diumumkan - Presiden impian sabah

0
377

PENAMPANG - Parti Impian Sabah (PIS) hampir selesai mengenal pasti keseluruhan calon yang akan ditampilkan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.

Presidennya, Michel Alok berkata, daripada keseluruhan 73 kerusi, sebanyak 70 calon sudah pun bersedia untuk diumumkan.

"Hanya tiga calon yang masih belum dimuktamadkan. ia memerlukan sedikit masa lagi. 

"Saya yakin sebelum penamaan calon nanti, kita akan lengkapkan senarai 73 calon untuk bertanding pada PRN17 ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto PIS di sini pada malam Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai tiga kerusi yang masih belum dimuktamadkan, beliau tidak memperincikan perkara itu sebaliknya memaklumkan bahawa ia akan diumumkan sebelum hari penamaan calon kelak.

"Saya tidak boleh nyatakan di sini, semasa hari penamaan calon nanti kamu akan tahu juga. Sebab saya kata tadi, kalau ada 73 kerusi, tiada isu sudah.

"Memandangkan ini hanya tiga kerusi, saya tidak nyatakan. Tetapi seperti saya katakan, memerlukan masa sedikit. Tapi saya yakin kita akan mencapai 73 kerusi itu,” katanya.

Ditanya mengenai manifesto yang dilancarkan, Michel berkata tema utama perjuangan parti adalah memastikan kekayaan sumber asli di Sabah dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di negeri ini.

"Tema manifesto itu adalah memastikan kekayaan sumber asli di Sabah akan dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di Sabah. Itulah temanya.

"Dan kita memastikan bahawa apa yang kita sudah katakan ini akan kita laksanakan nanti apabila diberi mandat oleh rakyat," katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai kemampuan parti yang baru dua tahun ditubuhkan untuk melaksanakan manifesto berkenaan, Michel turut menjelaskan bahawa semua janji yang digariskan adalah realistik dan berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kita yakin manifesto ini boleh dilaksanakan sebab bila kita membuat manifesto ini, kita sudah kaji bahawa manifesto ini adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan kerana bukan dipetik dari bulan bintang.

“Dan bila kamu mendengar setiap manifesto itu, sebenarnya perkara ini boleh dilaksanakan. Ia satu tindakan yang praktikal dan semua manifesto ini berada di bawah bidang kerajaan negeri Sabah, bukan daripada persekutuan.

“Kita laksanakan kerana ini dalam bidang kerajaan negeri Sabah dan saya yakin kita boleh laksanakan. Di samping itu, kos pelaksanaannya juga tidak begitu tinggi dan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan pendapatan kerajaan negeri," katanya.

ingin mengetahui maklumat parti impian? layari https://partiinpiansabah.org

Zoeken
Categorieën
Read More
Religion
Kings May perhaps Covet Bulls $37 Million Star, Analyst States
The Chicago Bulls are moving towards be a employees other groups keep an eye on heavily early in...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:34 0 11
Party
Tampa Bay Buccaneers Draft Profile: Gain, Darrell Taylor
There are a lot additional explanations than Tom Brady in the direction of be energized with...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:08 0 11
Crime
Malaysia Rasmi Umum Larangan Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 13 Tahun
KOTA KINABALU : Cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi membuka akaun...
By Bulibah News 2025-10-19 11:34:23 0 99
Religion
Tiada sekatan dakwah Islam di Sabah – Nizam
TAWAU: Kerajaan negeri Sabah terus membuktikan keprihatinan terhadap perkembangan Islam apabila...
By Bulibah News 2025-10-12 10:10:11 0 139
Party
Kalen DeBoer impresses within just introductory thrust meeting
We acquired our initial opening speech versus Prepare Kalen DeBoer in just entrance of a huge...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:14:34 0 11
BULIBAH https://bulibah.my