lebih 113 000 orang warga asing di Sabah telah berjaya didaftarkan dalam sistem pendataan digital berpusat

0
213

KOTA KINABALU, 14 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 113,282 warga asing yang bekerja dalam sektor perladangan di Sabah telah berdaftar dalam sistem pendataan digital berpusat yang dibangunkan setakat ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses pendataan yang dilaksanakan kerajaan negeri itu bertujuan memudahkan pemantauan, pengesanan dan pengurusan warga asing secara masa nyata di Sabah.

“Aktiviti pendataan digital warga asing ini tidak ada kena mengena dengan isu kewarganegaraan ataupun pemberian pemastautin tetap,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-INDUK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Negeri Sabah.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu hari ini.

Beliau berkata proses pendataan itu akan diperluas ke sektor lain seperti pertanian, perkilangan, pembuatan dan perlombongan.

Menurut Saifuddin, mesyuarat hari ini turut memutuskan untuk melaksanakan moratorium penguatkuasaan bagi memberi ruang kepada warga asing mendaftar di bawah sistem berkenaan, sekali gus mengelakkan pertembungan antara tindakan penguatkuasaan dan kutipan data.

“Kita sangat memerlukan data tepat untuk mengadakan polisi yang lebih komprehensif terhadap isu keberadaan warga asing,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata turut dibincangkan usaha kerajaan negeri untuk menempatkan komuniti Palauh atau Bajau Laut untuk dilatih supaya dapat bekerja di darat seperti bekerja di sektor perladangan.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata sebanyak 1,247 daripada lebih 2,000 permohonan taraf kewarganegaraan telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Negeri Sabah.

Beliau berkata permohonan itu adalah dari tempoh 2021 hingga tahun lepas dan keputusan dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan permohonan taraf kewarganegaraan dalam keadaan khas dan ia merupakan satu daripada beberapa cara untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Поиск
Категории
Больше
Crime
seorang Lelaki dicekup bantu siasatan kes cederakan di Tawau
TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam satu kejadian...
От Bulibah News 2025-10-14 20:03:22 0 120
Party
5 observation in opposition to Pistons preseason acquire earlier mentioned Grizzlies
The Detroit Pistons acquired the 202526 time begun upon the instantly foot, successful their to...
От Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:52 0 11
Health
7 premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal patuhi tahap kebersihan
KOTA KINABALU : Tujuh premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal mematuhi...
От Bulibah News 2025-10-14 20:01:17 0 309
Игры
Global Casino Industry Growth, Trends, and Future Outlook
The global casino industry continues to evolve as one of the most dynamic segments within the...
От Shraa MRFR 2025-11-18 06:42:57 0 35
Viral Dan Trending
pam bot tiba-tiba terbakar, dua individu sempat diselamatkan
LAHAD DATU: Dua individu panik apabila bot pam dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di bahagian...
От Bulibah News 2025-10-12 11:26:12 0 154
BULIBAH https://bulibah.my