Penjawat awam berdepan 30 pertuduhan rasuah melibatkan RM87,000

0
259

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah atas 30 pertuduhan rasuah melibatkan lebih RM87,000.

Tertuduh, Normila Ladahali, 49, yang bertugas sebagai Pemangku Pegawai Tadbir Gred N41 di Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Beliau berdepan 18 pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 12 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagi 18 pertuduhan pertama, Normila didakwa secara rasuah cuba memperoleh suatu suapan berjumlah RM55,311.30 daripada seorang individu sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja di Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah kepada beberapa buah syarikat.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anak tertuduh antara Nov 2022 dan Oktober 2023 di cawangan Maybank Alam Mesra, dekat sini.

Bagi 12 pertuduhan lain, Normila didakwa
telah mencuba untuk mendapatkan benda yang berharga berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM32,500 daripada dua individu yang mempunyai urusan rasmi dengannya.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank milik dua anak tertuduh antara April 2022 dan Jun 2023 di cawangan Maybank Alam Mesra, dekat sini.

Mahkamah menetapkan 27 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM20,000 dengan deposit RM2,000 serta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan, termasuk arahan melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, serta larangan mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.

Seksyen 17 (a) boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10, 000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Politik
Penjawat awam berdepan 30 pertuduhan rasuah melibatkan RM87,000
KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah atas 30...
By Bulibah News 2025-10-08 10:31:57 0 259
Jocuri
Global Casino Industry Growth, Trends, and Future Outlook
The global casino industry continues to evolve as one of the most dynamic segments within the...
By Shraa MRFR 2025-11-18 06:42:57 0 35
Health
7 premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal patuhi tahap kebersihan
KOTA KINABALU : Tujuh premis makanan di Kundasang diarah tutup serta-merta selepas gagal mematuhi...
By Bulibah News 2025-10-14 20:01:17 0 309
Crime
Denda RM10 Juta, Gugurkan Kerusi Jika Lompat Parti Selepas PRN – Shafie
TAWAU: Parti Warisan (WARISAN) menetapkan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM10 juta...
By Bulibah Network 2025-10-05 03:59:03 0 2K
Fitness
Идеи для ремонта: обсуждаем на форуме MasterGrad
В круге ремонта интернет-форум mastergrad.com стал значительным центром тяги для...
By Alex Ivanov 2025-12-02 17:15:11 0 13
BULIBAH https://bulibah.my