Denda RM10 Juta, Gugurkan Kerusi Jika Lompat Parti Selepas PRN – Shafie

0
2KB

TAWAU: Parti Warisan (WARISAN) menetapkan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM10 juta terhadap calon yang bertanding atas tiket parti itu tetapi kemudiannya melompat ke parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, berkata langkah berkenaan penting bagi membendung budaya politik lompat parti yang sering menggugat kestabilan politik di Sabah.

“Budaya melompat ini menjadi pengkhianatan kepada rakyat dan kita tidak boleh biarkan keadaan ini terus berlaku kerana ia memberi kesan besar kepada mandat yang sudah diberi oleh pengundi.

 

“Sebab itu WARISAN memperkukuhkan perlembagaan parti dan mana-mana wakil rakyat yang dipilih atas tiket WARISAN tetapi meninggalkan parti, gugur bukan saja keahliannya, malah gugur juga kerusi yang dimenangi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Slogan dan Logo Baharu WARISAN sempena PRN Ke-17, di sini, hari ini.

Menurutnya, selain daripada gugur kerusi, calon terbabit juga perlu menandatangani kontrak perjanjian (bonding) dengan parti sebagai langkah pencegahan.

“Kita sudah putuskan, calon yang bertanding atas logo WARISAN wajib menandatangani perjanjian dengan nilai bon RM10 juta. Ia sebagai ikatan supaya mereka tidak sesuka hati meninggalkan parti selepas dipilih rakyat.

“Kita gunakan sumber parti, tenaga jentera dan perbelanjaan besar dalam pilihan raya. Jadi tidak adil sekiranya selepas menang, mereka melompat untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Shafie menegaskan WARISAN tidak menolak mana-mana bekas wakil rakyat yang mahu kembali menyertai parti, namun mereka tidak akan diberi peluang untuk bertanding semula.

“Kalau mereka insaf dan mahu kembali menyokong perjuangan WARISAN, kita alu-alukan. Tetapi untuk jadi calon semula, kita tidak akan benarkan.

“Yang lebih penting ialah mengangkat calon baharu yang mampu memperkukuhkan parti dan memastikan kuasa rakyat dikembalikan kepada rakyat, bukan kepada individu yang hanya mengejar jawatan,” katanya.

Shafie turut menegaskan bahawa pengenalan slogan dan logo baharu WARISAN kali ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuhkan gerakan politik parti berdepan PRN.

“Logo ini simbolik kepada kesatuan. Warna putih melambangkan keikhlasan, merah melambangkan semangat juang, manakala biru membawa maksud kecekapan dalam mentadbir.

“Kita mahu rakyat Sabah jelas bahawa WARISAN membawa ikatan perjuangan untuk membela nasib mereka dan memastikan Sabah ditadbir dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Haha
2
Rechercher
Catégories
Lire la suite
Party
5 observation in opposition to Pistons preseason acquire earlier mentioned Grizzlies
The Detroit Pistons acquired the 202526 time begun upon the instantly foot, successful their to...
Par Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:12:52 0 11
Politik
Jabatan Peguam Negara Sedang Teliti Jawapan Shafie, tindakan lanjut menyusul
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang meneliti surat penjelasan yang dikemukakan...
Par Bulibah Network 2025-10-07 12:11:04 0 491
Politik
PKDM hanya tahu tabur fitnah, rakyat Sabah jangan mudah terpedaya
KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menempelak kenyataan Pemangku Presiden...
Par Bulibah Network 2025-10-12 12:05:51 0 144
Fitness
Идеи для ремонта: обсуждаем на форуме MasterGrad
В круге ремонта интернет-форум mastergrad.com стал значительным центром тяги для...
Par Alex Ivanov 2025-12-02 17:15:11 0 13
Politik
Calon Parti Impian N15 Kiulu
Salam sejahtera, kepada warga Kiulu! dan rakyat sabah dimana sahaja anda berada dan yang...
Par Bulibah News 2025-11-17 21:55:19 0 121
BULIBAH https://bulibah.my