enam Negeri Termasuk Sabah Terdedah Ancaman Gempa Bumi

0
856

KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Pahang, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan Sabah dan Sarawak dikenal pasti sebagai kawasan yang terdedah kepada ancaman gempa bumi, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata kajian pemetaan sesar aktif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Peta Seismotektonik Malaysia mendapati zon sesar di enam negeri itu, yang dikenal pasti terdedah kepada ancaman bencana alam berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia yang diterbitkan oleh JMG dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), universiti tempatan dan agensi teknikal berkaitan kini sedang dilaksanakan.

“Pengemaskinian Peta Bahaya Seismik Malaysia dengan mengambil kira maklumat terkini seperti kejadian gempa bumi yang melanda beberapa kawasan baru-baru ini, kewujudan sesar aktif bahan geologi dan maklumat siasatan tanah.

“Kejadian gempa bumi di Segamat dan Batu Pahat adalah satu proses pelarasan semula tenaga tektonik yang terkumpul dalam sesar kuno bagi menstabilkan semula kerak bumi. Ini dipengaruhi oleh lanjutan zon Sesar Mersing iaitu sistem sesar utama di Johor Timur… berdasarkan data sedia ada dan terbaharu, Segamat khususnya dan Johor amnya masih berada dalam zon selamat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Networking
May shuffling some Andrews aid the White Sox out?
The White Sox Andrews are further apt in direction of lead to heartburn and indigestion than...
By Manley Titsworthaa 2025-12-03 09:13:16 0 10
Fitness
Идеи для ремонта: обсуждаем на форуме MasterGrad
В круге ремонта интернет-форум mastergrad.com стал значительным центром тяги для...
By Alex Ivanov 2025-12-02 17:15:11 0 13
Health
Larangan bawa masuk atau keluar ikan pelian dari sungai terjejas di Kiulu
KIULU: Jabatan Perikanan Sabah (JPS) mengeluarkan arahan larangan membawa masuk dan keluar ikan...
By Bulibah Network 2025-10-06 12:05:38 0 2K
Politik
4 lelaki ditahan dan 24 saman trafik dikeluarkan di Tawau
TAWAU: Empat lelaki ditahan manakala 24 saman trafik dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu...
By Bulibah Network 2025-10-05 10:43:58 0 2K
Crime
PRN17: Mesyuarat khas ditetapkan tarikh PRN 16 Oktober ini – SPR
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan telah menerima writ...
By Bulibah News 2025-10-08 10:29:33 0 242
BULIBAH https://bulibah.my